Pada 10 Julai 2018, Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamed meraikan ulang tahunnya yang ke-93.

Menjadi Perdana Menteri paling tua di dunia setelah dua kali lantikan, #TunM93 kini telah trending nombor dua di Twitter dan rata-rata netizen memberikan ucapan semoga Tun M diberikan kekuatan, kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.

Netizen boleh menyampaikan mesej dan ucapan mereka menerusi semua platform media sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook dan sertakan hashtag #TunM93. Mana tahu ucapan dan doa baik anda akan disiarkan secara terus di Buletin AWANI 12 dan AWANI 7:45 menerusi saluran 501 Astro Awani.

Kami juga ingin mengucapkan selamat ulang tahun ke-93 buat Perdana Menteri yang dikasihi, Tun Dr Mahathir Mohamad. Semoga Tun diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan kebahagian dunia akhirat untuk terus memimpin Malaysia ke arah maju jaya.

Foto kredit : Tara Sosrowardoyo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here