Perasan atau tidak, gaya pembantu rumah aktres cantik Rozita Che Wan antara yang mencuri tumpuan ketika Rumah Terbuka Aidilfitri Astro Warna.Mana tidaknya, pembantu rumah Che Ta sendiri menyarung persalinan berwarna merah sedondon dengan keluarga itu yang kebetulan sama dengan pelakon Bella Dally.

Malah, Che Ta sendiri menerusi Instagramnya memberitahu pembantu rumahnya memakai baju yang sama dengan seorang pelakon.

“Yang kanan tu lah pengasuh Aaisyah, Kak As… Tersama pula baju dengan artis semalam masa open house Astro Warna,” tulis Che Ta memperkenalkan wanita tersebut.

 

Malah, wanita itu juga menjinjit seutas beg tangan berjenama mewah, Chanel.

Manakala, Bella Dally menyambut baik sokongan pengguna jenama pakaian yang diwakilinya, Ariani RTW.

“Saya Bella Dally sebagai duta Ariani, bangga melihat pelbagai pringkat umur, bangsa dan kelas wanita memakai baju kurung yang cantik, mampu milik dan berkualiti tinggi dari @arianirtw,” tulis Bella bersama sekeping foto OOTD baju yang sama.

 

Teks oleh: Amri Hassan

Foto: @rozitachewan1, @belladally

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here