Satu mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Harapan akan diadakan dalam masa terdekat bagi memutuskan senarai akhir calon speaker Dewan Rakyat untuk dicadangkan kepada Parlimen, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR berkata senarai awal nama calon daripada parti itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk diteliti.

“Kita memang dah mesyuarat hari itu dan akan buat perjumpaan antara Pakatan Harapan pada peringkat tertinggi, selepas itu kita akan buat keputusan kerana diperlukan nama cadangan untuk speaker sebelum pembukaan Parlimen dalam masa seminggu lagi,” katanya ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Kajang di sini, hari ini. Mesyuarat pertama Dewan Rakyat akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 17 Julai ini.

– Bernama





Sumber : Malaysiakini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here