Awal pagi tadi satu Malaya heboh memperkatakan khabar majlis pertunangan pasangan sensasi, Fattah Amin dan Fazura selepas kisah ‘khemah putih’ disiarkan sebuah akhbar.

Lebih meyakinkan apabila khemah menandakan satu acara istimewa sedang berlangsung di kediaman nenek model dan pelakon itu berona putih dan berhias indah.

Laporan wartawan yang membuat pemantauan di lokasi di Petaling Jaya itu juga mendedahkan ia adalah acara tertutup yang hanya disertai keluarga terdekat masing-masing.

Acara tertutup.

Menyedari kehadiran wakil media, difahamkan adik bersama pembantu peribadi Fazura mengawal ketat pintu masuk dan kemudian menutup pintu pagar.

Terdahulu, wartawan dikatakan menghidu sesuatu yang besar bakal berlaku selepas Fattah mengesahkan satu pengumuman akan diadakan pada 13 November.

Begitupun, pada tarikh berkenaan tiada sebarang pengumuman dilakukan seperti yang dihebahkan beberapa hari lebih awal.

Kenduri doa selamat.

Cuma, malam tadi selepas mendapat tips mengenai kenduri di rumah nenek Fazura, spekulasi berkaitan perancangan pernikahan mereka kembali panas.

Walau ada pihak mengesahkan majlis berkenaan hanya kenduri doa selamat sebelum si jelita itu mengerjakan ibadah umrah, ia tetap menimbulkan persoalan.

Apatah lagi kedua-dua bintang yang tiada pertalian ini membawa bersama keluarga masing-masing ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan Umrah, hari ini.

Semua kunci mulut.

Sementara itu, dalam laporan sama pengurus Fattah, Acha, dikatakan enggan memberi sebarang pengesahan berkenaan kenduri di kediaman terbabit.

Sebaliknya hanya menegaskan majikannya sedang melakukan persiapan akhir untuk berlepas ke lapangan terbang pagi tadi.

Manakala di laman sosial Instagram Fattah, ramai peminat mengucapkan tahniah sebaik terbaca berita mengenai desas-desus sama ada ia majlis pertunangan atau pun pernikahan rahsia mereka.

Ramai membuat andaian mereka mahu menyegerakan urusan pernikahan di sini bagi memudahkan urusan Umrah.

Ura-ura bernikah ketika mengerjakan umrah.

Rata-rata tidak sabar mendengar pengakuan kedua-duanya sekali gus mendoakan kebahagiaan pasangan terbabit.

Sumber lain pula memaklumkan mereka sudah bertunang dalam majlis sama dan bakal dinikahkan di hotel dalam tempoh mereka mengerjakan Umrah nanti.

Sebelum ini tersebar khabar angin Fattah, 27, dan Fazura, 34, memilih tarikh 13 November 2017 untuk bertunang namun apabila tiba tarikh itu, tiada pengumuman mengenainya dibuat.

Sidang media 23 November ini.

Terdahulu, pasangan ini ditemukan dalam drama Hero Seorang Cinderella dan bermula dari itu, timbullah gosip mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

Terkini, Fazura dan Fattah memberi kenyataan ringkas agar menunggu sidang media yang bakal mereka adakan pada 23 November ini.

RojakDaily

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here