Dua kanak-kanak daripada 13 orang yang terperangkap dalam sebuah gua yang dinaiki air di Thailand berjaya dikeluarkan, kata pasukan penyelamat tempatan.

Ketua jabatan kesihatan Chiang Rai Tossathep Boonthong yang merupakan sebahagian anggota pasukan penyelamat berkata: “Dua kanak-kanak sudah dikeluarkan. Mereka kini diperiksa di hospital lapangan berdekatan gua.

“Mereka menjalani pemeriksaan fizikal dan belum dipindahkan ke Hospital Chiang Rai,” lapor Reuters.

Terdahulu, operasi berbahaya untuk mengeluarkan 12 remaja dan jurulatih bola sepak yang terperangkap dalam gua berkenaan sejak lebih dua minggu lalu bermula hari ini.

Seramai 13 penyelam asing dan lima anggota penyelam elit SEAL Thailand ditugaskan membawa remaja berusia 11 hingga 16 tahun  berenang menempuh laluan sempit dan ditenggelami air yang meragut nyawa seorang bekas penyelam tentera laut Thailand awal minggu ini.

“Hari ini adalah harinya. Kumpulan remaja itu sudah bersedia berdepan sebarang cabaran,” kata Ketua misi menyelamat, Narongsak, Osottanakorn kepada wartawan.

Sumber : Malaysiakini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here