Ramai ibu mengeluh kerana susahnya nak bagi anak tidur awal waktu malam. Kadang-kala masalah tidurkan anak boleh jadi ‘perang’ satu rumah dibuatnya. Mungkin selama ni kita macam tak berapa acuh sangat hal anak kena tidur awal jadi apa kata perbaiki kaedah kita menidurkan anak.

Bolehlah ikut cara yang dikongsi oleh ibu ini, Puan Huzaimah Basar. Mana tahu berkesan pada anak kita.

Anak-anak kami jenis di siang hari sangat aktif. Ada sahaja akal nak main itu ini. Rumah memang dah macam taufan.Bila malam dah cranky. Dah penat. Memang tak sesuailah kalau nak keluar malam. Walaupun hanya makan malam. Akan jadi huru hara. Lagipun Shaima’ dengan Hanzalah memang kami train tidur awal. Sebelum pukul 10 dah masuk bilik tidur.Apa yang kami buat supaya anak-anak tidur awal:

1. Set Rutin. Pukul 9.30 malam semua orang masuk bilik tidur. Hujung minggu pun sama. Bila balik rumah nenek, mak tok, toki ke automatically pukul 10 malam mata dah layu di tasik madu.

2. Simpan semua gadjet, mainan, tutup tv

3. Biarkan anak-anak bermain sepuas-puasnya di siang hari. Biasanya petang mereka akan bermain di taman permainan.

4. Pastikan anak-anak selesa. Bantal busuk kalau ada. Suasana bilik nyaman. Sejuk. Lampin kering. Nak lebih selesa dan lena tidur on diffuser Lavender EO.

5. Sebelum tidur, borak-borak, gurau-gurau dengan anak-anak sekejap. Bacakan buku. Melukis. Menulis. Bacakan surah fatiha. Bacakan doa tidur.

6. Tutup lampu atau malapkan cahaya lampu.

7. Sapukan Good Night baby balm. Membantu pernafasan & anak pun tidur lena ada unsur-unsur lavender yang menenangkan.

Selepas mereka dah tidur, barulah aman sentosa nak mengemas rumah. Basuh pinggan, iron baju, layan Tonton.

Sumber: Huzaimah Basar

Majalah Pa&Ma

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here