Kecergasan Croatia

Dalam perlawanan ini, saya akan cuba mencerna aspek kecergasan Croatia untuk perlahan-lahan memakan tenaga yang dimiliki England.

Ramai menjangkakan England ada kelebihan dari segi kecergasan kerana Croatia bermain lebih banyak minit sebelum sampai ke separuh akhir. Namun Croatia membuktikan mereka ada cara dan kualiti kecergasan tersendiri.

Bermula dengan kesebelasan utama. 2 pemain mereka yang sebelum ini dilanda kejang otot iaitu Subasic dan Vrsajlko. 2 pemain itu beraksi seperti tiada kecederaan sebelum ini.

Mereka tidak berlakon, anda ingat balik apa berlaku kepada mereka pada perlawanan menentang Rusia. Subasic mengerang kesakitan dan menangis kerana tahu dia tidak boleh meneruskan perlawanan.

Namun begitu, Subasic terpaksa dikorbankan untuk terus bermain kerana Vrsaljko yang juga kesakitan tidak dapat meneruskan perlawanan. Dan Croatia menggunakan pertukaran ke-4 itu untuk Vrsaljko.

Sebelum perlawanan, laporan menyatakan Vrsaljko mungkin tidak akan diturunkan kerana isu kecergasan. Namun beliau beraksi dengan sangat cergas. Melakukan 1 assist dan 1 clearances atas garisan untuk menafikan gol Stones.

Ini berita sebelum perlawanan:

Risiko atau tak?

Kem Croatia sahaja yang tahu, kerana mereka perlukan salah seorang pemain terbaik mereka dalam aspek merampas semula bola (recover).

Apa yang Croatia lakukan di kem latihan mereka? Perkara seperti ini yang FAM patut cuba gali dan analisa.

England bermula dengan bertenaga

Boleh dikatakan 40 minit pertama, Croatia bermain dalam tempo pasukan England. England sangat dinamik dan berjaya memiliki jaringan awal.

Namun isu utama England adalah terlalu cuba menghukum Croatia dengan hantaran langsung (direct passes) kepada Sterling untuk menewaskan garisan pertahanan Croatia apabila mereka naik sedikit.

Vida dan Lovren banyak sekali dipaksa melakukan aksi defensif untuk mematikan gerakan itu. Namun pada 5 minit terakhir separuh masa pertama Croatia akhirnya mendapat sedikit rentak dan ‘dibenarkan’ bermain bola.

Separuh masa kedua

Croatia tidak mengubah pendekatan mereka. Mereka sabar untuk menyerap asakan England dan cuba memastikan pasukan mereka settle down. Ini adalah isu yang sangat penting.

Anda masih ingat bagaimana Belgium meletakkan aspek settle down sebagai perkara ke-3 atau ke-4 dalam perlawanan menentang Jepun, di mana mereka fokus terlalu banyak untuk mendapatkan gol awal tanpa ada keseimbangan di antara tekanan awal dengan pembentukan pasukan (team shaping).

Kita boleh katakan England secara perlahan-lahan diserap dan dimakan oleh adaptasi pasukan Croatia. Mereka tidak emosi ketika menjadi pasukan yang seperti dibuli. Ada pasukan akan emosi dan terlalu mengganggu rentak.

Modric dan Rakitic perlahan-lahan mendapatkan cengkaman mereka di tengah dan akhirnya pada separuh masa kedua, mereka adalah pasukan yang lebih banyak melakukan ancaman ke kubu England.

Mereka menggandakan servis ke ke kawasa bahaya. Pertahanan England mulai hilang fokus dan dihukum.

England shut down awal?

Selepas gol pertama, mereka lebih memikirkan untuk mengajak Croatia menyerang mereka dan cuba menghampakan Croatia dengan serangan balas.

Namun serangan balas mereka sangat tumpul. Sterling sekali lagi menjadi tumpuan ramai. Beliau teidak mampu memberikan produk akhir dan servis kepada Harry Kane.

England terlalu direct dan tiada animasi seperti yang mereka lakukan dalam perlawanan sebelum ini. Mereka menarik bola ke belakang dan melancarkan bola panjang ke hadapan dengan melangkau tengah (skipping/bypassing central area).

Data ini akan buatkan anda geleng kepala, hampir 20% hantaran mereka adalah hantaran panjang. 103 secara keseluruhannya. Anda lihat data hantaran Croatia yang menampakkan pasukan ini lebih ‘Guardiola’ daripada mereka.

Dalam beberapa perlawanan sebelum ini, kita melihat England cuba mengekalkan DNA ala Guardiola-Pochettino seperti yang dikatakan Southgate di mana mereka akan cuba sedaya upaya membina serangan daripada bawah.

Sistem mereka yang agak turun ke bawah (drop deep) terlalu kerap ini membuatkan unit mereka terputus (isolated). Sterling dan Kane seperti satelit yang hilang daripada radar.

Heatmap ini akan memberitahu bahawa England sangat kurang pengaruh di dalam kotak penalti berbanding dengan Croatia.

Rumusan

Ini bukanlah kempen yang buruk untuk England. Cuma dalam perlawanan ini mereka tidak bermain pada kualiti terbaik secara taktikal. Kita semua tahu mereka boleh beraksi lebih baik lagi.

England akhirnya terpaksa bergantung dengan situasi bola mati. Itu antara kekuatan utama mereka sepanjang Piala Dunia 2018 ini.

Croatia pula berjaya mengatasi England dengan disiplin, keinginan dan tenaga yang mereka ada dalam pertarungan 120 minit. Mereka tak kenal letih. Mereka sangat cepat (direct) untuk mencipta peluang.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Perisic (Croatia)

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here