Musim durian dah tiba! Nampaknya anak kepada aktor Shukri Yahaya, Aaira Ameena tidak melepaskan peluang untuk menikmati keenakan raja buah-buahan itu.

Walaupun Aaira Ameena bakal menyambut hari kelahirannya yang kedua pada 24 Ogos depan, tetapi nampaknya si cilik ini sudah layak digelar ‘Hantu Durian’!

Gelagat Aaira Ameena selalu mencuri perhatian pengikut di Instagram.

Buktinya, video Aaira Ameena sedang menanti datuknya membelah durian telah mencapai hampir setengah juta tontonan!

Gelagat Aaira Ameena itu mencuit hati pengikutnya di Instagram (IG) dan ramai yang tidak menyangka dia sangat menggemari durian walaupun masih bayi.

 

Sebelum itu, sebuah lagi video Aaira Ameena sedang menikmati durian turut menarik perhatian 139 ribu pengikut IGnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata pengikut ‘geram’ melihat gelagat Aaira Ameena yang tidak pedulikan orang sekeliling kecuali seulas durian ditangannya. Comel!

 

Kepada ‘Hantu Durian’ di luar sana, rasa panas selepas makan durian? Jangan risau, Rojak Daily Kaw! ada petuanya.

Cubalah…memang menjadi.

1) Ambil pangsa durian, isi air di dalamnya dan minum! Kalau nak hilangkan bau durian di tangan, curahkan air dari pangsa ke tangan anda. Tak percaya? Cuba.

2) Makan manggis kerana ia boleh menyejukkan badan.

3) Ambil sedikit garam dan cuitkan ke lidah

4) Minum banyak air

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here