PUTRAJAYA, 6 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pembekuan akaun bank mereka adalah tindakan balas dendam.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata dakwaan itu adalah satu tuduhan dan keluarga bekas perdana menteri itu boleh membawa kes tersebut ke mahkamah jika mereka tidak berpuas hati.

“Kita nak balas dendam apa? Yang dia buat dulu lebih daripada itu kita tak merungut.”

“Semua kawan-kawan saya dihalau tak beri berkawan dengan saya, pembekuan akaun mereka dilakukan, kita tak merungut.”

“Ini adalah tuduhan, dia boleh tuduh apa, dia salah. Kalau dia kata (pembekuan akaun) ini salah, mereka boleh bawa ke mahkamah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan keluarga Najib bahawa pembekuan akaun mereka dilakukan sebagai tindakan membalas dendam.

Dua hari lepas, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa memuat naik luahan mengenai pembekuan akaun miliknya dan anak lelakinya berusia 10 bulan menerusi posting sosial Facebook bernama ‘Malaysians for Civil Liberty’…..

BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here