Najib selesai bayar baki jaminan RM500,000

0
11

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, hari ini melunaskan baki bayaran jaminan berjumlah RM500,000.

Bayaran itu dibuat dua anak Anggota Parlimen Pekan itu, Nooryana Najwa dan Norashman yang tiba tepat pukul 10.04 pagi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini. Turut hadir menantu Najib, Daniyar Kessibayev yang merupakan suami Nooryana Najwa.

Sebaik tiba, Nooryana Najwa dan Norashman yang hadir sebagai penjamin, dilihat terus ke bahagian Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi di tingkat 1, sebelum Najib diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada 11.43 pagi dan masuk ke bilik sama untuk menandatangani dokumen berkaitan jaminan.

Selesai urusan itu, Najib, yang akan genap usia 65 tahun pada 23 Julai, keluar dari bilik dan menerima ‘Tabung Solidariti Bebaskan Najib’ daripada Ketua Sekretariat Solidariti Najib Razak, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berjumlah RM489,166.

Tidak lama kemudian Najib bersama Rosmah beredar menaiki kenderaan pelbagai guna MPV Toyota Vellfire berwarna putih dan perdana menteri keenam itu yang kelihatan ceria sempat melambai ke arah penyokongnya yang turut melaungkan kalimah ‘Allahuakhbar!’, hidup Najib!’ dan ‘bebaskan Najib!’…..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here