Klon diva popular Ziana Zain yang lebih dikenali sebagai Ziana Zain 2 mengejutkan netizen dengan perubahan imej secara mendadak.Ziana Zain 2 atau nama sebenarnya Nik Aidi Azha Wan Seman sebelum ini sering tampil dengan imej wanita mirip Ziana Zain kini sering berjubah putih dan berserban.

Malah, menerusi akaun media sosialnya, Ziana Zain 2 turut memuat naik gambar-gambar throwback ketika di sekolah tahfiz selain kata-kata nasihat dan kerohanian.



Rata-rata memuji perubahan Nik Aidi dan mendoakan jejaka berasal dari negeri Kelantan itu kekal istiqamah.

“Alhamdulillah. Go brother go! Biar orang nak kata apa asal kita tahu niat kita nak berubah kerana Allah. We support you,” tulis salah seorang pengguna di Twitter.

Malah, jurugambar bebas Annas Easkey turut memuji perubahan imej Nik Aidi.

“Semoga istiqamah. Selalu terhibur dengan telatah dia, orang panggil dia klon Ziana Zain. Suka tengok penampilan dia yang sekarang,” tulisnya di Twitter.

Teks oleh: Amri Hassan

Foto: FB Zianazain Ziana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here