Selain memilih restoran yang selesa dan  menu makanan yang enak, anda boleh menyemak restoran yang menawarkan promosi  anak makan percuma  atau  ‘Kids Eat Free’ yang biasanya dengan pesanan makanan utama. Lazimnya promosi untuk untuk anak-anak di bawah umur 12 tahun sahaja.

Sebenarnya terdapat banyak restoran yang menyediakan perkhidmatan seperti ini. Namun bagi membantu anda,  kami hanya menyenaraikan lima cadangan restoran makanan barat yang boleh anda jadikan pilihan lokasi supaya anak-anak boleh makan secara percuma.

1.Chili’s

Restoran jenama ini terkenal dengan konsep mesra kanak-kanak apabila dengan menu dan buku  aktiviti  yang diberikan kepada kanak-kanak semasa berada di restoran ini. Malah restoran ini menawarkan makanan percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dengan setiap hidangan dewasa yang dibeli iaitu setiap hari dalam seminggu. Makanan hanya boleh dipilih dari menu yang terdiri daripada makanan kegemaran kanak-kanak seperti burger, keju panggang, pizza, dan banyak lagi. Tentu anak anda teruja untuk pergi sekali lagi  ke Chili’s untuk mendapatkan krayon dan helaian aktiviti seni untuk bermain sambil makan.

2.Delicious

Dekorasi restoran ini tampil dengan tenang dan selesa. Ia merupakan tempat di mana anda  seisi keluarga menikmati hidangan yang lazat termasuk  sup, salad, pasta dan nasi serta pencuci mulut. Ia juga tampil dengan pelbagai makanan menawarkan promosi hanya dengan tempahan satu hidangan utama bagi melayakkan anak anda mendapat satu hidangan kanak-kanak percuma dengan pilihan spageti, sandwic dan makanan bergoreng hanya hujung minggu sahaja.

3.Red Lobster

Makanan popular warganegara Amerika amat disukai di sini dengan hidangan lobsters segar  turut menawarkan hidangan untuk kanak-kanak secara percuma dengan sebarang pembelian hidangan dewasa. Promosi kanak-kanak makan percuma  ini hanya untuk yang berusia di bawah umur 12 tahun. Ia boleh digunakan pada bila-bila masa dalam semingggu. Konsep ini sengaja diketengahkan supaua ibu bapa dapat menjamah hidangan makan tengah hari tanpa sebarang masalah.

4.TGI Fridays

Restoran ini juga terkenal dengan menu masakan barat turut mendapat perhatian kanak-kanak untuk menjamu hidangan bersama ibu bapa mereka. Makanan percuma khas untuk anak-anak kecil disediakan dengan setiap pembelian makanan utama yang boleh didapati setiap hari dan hanya  kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. TGI Fridays yang menjadi pilihan keluarga menghidangkan makanan seperti stik, burger, ayam, ikan, pasta dan macam-macam lagi.

5.Olive Garden

Anda penggemar makanan Itali , jom singgah ke Olive Garden? Restoraan menghidangkan pelbagai makanan Itali, terutamanya pelbagai jenis hidangan pasta. Kanak-kanak juga turut menikmati makan percuma jika berusia di bawah 12 tahun dengan disertai pembelian makanan dewasa. Dalam pada itu. tawaran ini dibuka untuk setiap hari dalam seminggu

Majalah Pa&Ma

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here