Untuk mempunyai anak yang baik, ibu ayah kena mengajar adab pada anak. Barulah mereka membesar sebagai anak berakhlak. Tunjukkan akhlak yang baik kepada anak sejak mereka lahir lagi. Ingat ya, mereka mungkin nampak macam tak berapa dengar pesanan kita tapi sebenarnya anak memerhati dan meniru percakapan dan perbualan ibu ayah.

Pasti semua ibu ayah ada cara tersendiri untuk mendidik anak yang berakhlak tapi tak salah kalau kita mencuba tips yang dikongsi oleh ibu bapa lain kalau ia membawa kebaikan pada anak kan?

1. Sentiasa masuk rumah dengan salam dan ciuman

Cium anak-anak, cium isteri/suami anda depan mereka. Ini akan beri satu sense of love dan mercy pada anak-anak.

2. Jaga percakapan

Jangan pernah mengumpat jiran, atau sewaktu memandu, jangan mengutuk pemandu lain. Anak-anak anda dengar, hadam dan tiru percakapan anda. Hati-hati!

3. Bila call parents, bagi anak anda bercakap dengan mereka juga

Cucu kalau sembang dengan tok, memang lama. Sentiasa bawa mereka ziarah ibu bapa anda. Makin baik anda jaga ibu bapa anda, makin baiklah anak anda jaga anda nanti.

4. Bila hantar mereka ke sekolah, jangan asyik pasang radio atau CD sahaja

Tetapi, ceritakan pada mereka tentang diri anda. Zaman kecik-kecik anda dulu, zaman bercinta dan sebagainya. This will have a greater impact -Trust Me!

5. Bacakan pada mereka sepotong Hadith setiap pagi

Tak ambil masa lama pun, tetapi kesannya sangat hebat! Cubalah.

6. Sikat rambut, gosok gigi, berpakaian kemas walaupun anda hanya duduk di rumah

Anak-anak perlu belajar bahawa berperwatakan kemas tiada kaitan dengan keluar rumah. Jadikan kemas itu personality mereka.

7. Kurangkan perkataan Jangan atau Tak Boleh

Along, jangan buat itu, along jangan buat ini, along, itu tak boleh, ini tak boleh. Downlah budak tu. Focus pada benda yang mereka kena buat atau boleh buat. Ini akan tambah confidence mereka.

8. Mintak izin anak sebelum masuk ke bilik mereka

Jangan sekadar ketuk pintu terus masuk. Mereka pun akan buat benda sama untuk anda.

9. Minta maaf pada anak-anak kalau anda ada buat silap

Ini akan mengajar mereka untuk jadi humble dan polite.

10.Jangan nak jadi sarcastic sangat atau perlekehkan pandangan atau pendapat mereka

Ini akan hilangkan keyakinan mereka dan menyakitkan hati mereka.

11. Tunjuk kan rasa hormat pada privacy anak-anak anda

Ini penting untuk self-esteem mereka.

12. Ajar mereka sunnah-sunnah gaya hidup Nabi Muhammad

Itu yang terbaik!

13. Elakkan bergaduh/bertekak depan anak

Ada salah faham settle elok-elok belakang mereka.

14. Layan ibu/ayah mereka (isteri/suami kita) macam Raja/Permaisuri

Macamana kita layan pasangan, macamtulah anak akan layan kita.

Kredit : Afnan Rosli via Pakar Diari Hati

Majalah Pa&Ma

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here